MANCHESTER United bakal menerima kunjungan Liverpool dalam aksi suku akhir Piala FA selepas kedua-dua pasukan melakar kemenangan dalam aksi pusingan kelima awal pagi tadi.

The Reds masih lagi kekal berpotensi menjuarai tiga gelaran selepas kemenangan 1-0 ke atas Chelsea dalam final Piala Carabao, dan mara ke suku akhir Piala FA dengan kemenangan 3-0 ke atas Southampton.

United terpaksa berhempas pulas untuk memastikan kemenangan dan mereka halangan seterusnya buat skuad kendalian Jurgen Klopp, dengan jaringan Casemiro pada minit ke-89 cukup untuk menyingkirkan Nottingham Forest dan memastikan juara 12 kali Piala FA itu semakin hampir untuk ke final buat kali ke-22.